Pada 24 dan 25 Julai yang lalu, fakulti kita telah menganjurkan lawatan ilmiah ke World Prominence,Institut Halal UPM (Universiti Putra Malaysia) & MIFB (Malaysia International Food & Beverage). Lawatan ilmiah yang diadakan selama dua hari ini telah disertai oleh mahasiswa/wi fakulti Teknologi Makanan dari tahun 2 dan 3. Sebanyak dua bas telah digunakan bagi membawa mereka yang terlibat ke tempat-tempat ilmiah tersebut.
Para peserta telah bertolak pada 23 julai pada pukul 12.30 pagi dan sampai di Perkep Bukit Aman sebagai tempat penginapan kami pada pukul 6.00 pagi. Pada pukul 9.00 pagi kami bertolak ke World Prominence. World Prominence ialah sebuah kilang rempah dan air mineral yang
ditubuhkan pada 27hb Mei 1997 sebagai sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pemprosesan produk berasaskan rempah-ratus (Segar dan Kering) untuk kegunaan kilang makanan multinasional dan tempatan seperti Nestle, Yeo Hiap Seng dan Unilever Best Food. Pada tahun 2003, WPSB menghasilkan air minuman alkali berion dan air minuman osmosis songsang untuk pasaran runcit, pasar raya besar dan penggunaan pejabat. Para peserta telah diberi sepatah dua kata mengenai penubuhan World Prominence ini. Visi mereka ialah untuk menjadi penghasil makanan,minuman dan produk kesihatan yang bertaraf dunia. Mereka telah menyandarkan prinsip mereka kepada empat perkataan iaitu Entreprenuer,Self-employed,Expansion dan Invested. Bagi self-employed, ia memerlukan tiga element iaitu knowledge (pengetahuan), skill (kemahiran) dan desired(kemahuan). Bagi expansion (pengembangan), mereka telah memperkembangkan perniagaan dengan menghasilkan air mineral. Untuk invested, mereka telah menambahbaikkan fasiliti-fasiliti yang ada bagi membantu dalam mencapai apa yang termaktub dalam visi dan misi mereka.
|
jemputan khas dari mereka |
|
penyambut tetamu yg comel |
|
antara produk syarikat ini |
|
sedikit tips bg kami |
|
proses pembuatan air mineral |
|
sebelum masuk ke dalam |
|
peneranagan mengenai pembuatan rempah |
|
hasilnya |
|
.... |
|
proses penutupan botol |
|
proses pemngupasan |
|
|
|
dr sudut tepi |
Setelah selesai solat zohor, para peserta meneruskan perjalanan ke Institut Halal UPM. Tujuan lawatan ke UPM adalah untuk memberi pendedahan awal kepada perkara-perkara yang terlibat dalam isu-isu halal yang kian meniti di bibir mereka yang prihatin terhadap isu-isu ini. Antara isu-isu yang pernah menjadi perbualan adalah tuak dan tapai yang dikhuatiri mengandungi alkohol. Selain itu, pengunaan 'blood plasma' di dalam penghasilan bebola ikan. Apabila 'blood plasma' terdedah kepada udara, ia akan menjadi beku. Hal ini akan menjadikan bebola ikan lebih elastik. Di Institut Halal UPM, peserta telah diberi sedikit taklimat dan lawatan di dalam makmal-makmal yang terlibat dalam analisis halal dan haram sesuatu makanan. Para peserta telah diberi sedikit jamuan petang dari pihak UPM sendiri. Bagi mengisi waktu lapang pada sebelah malam, peserta-peserta telah dibawa ke kompleks membeli belah.
|
dr sudut depan |
|
antara makmal yang ada |
|
lagi makmal |
|
Add caption |
|
kata-kata |
|
bergambar..... |
|
sedikit cenderahati |
|
tips lagi |
|
okay, gambar lagi |
Pada keesokkannya, MIFB menjadi tempat terakhir lawatan ilmiah para peserta. Antara negara-negara yang terlibat dalam pameran ini ialah Korea, Taiwan, Thailand dan banyak lagi.Antara pameran-pamerannya ialah ikan paten yang dijadikan menjadi 'nugget', kerepek epal, dan banyak lagi produk-produk baru. Produk kosmetik juga ada dipamerkan. Minuman yang beralkohol yang dikatakan halal dari Iran juga ada tersedia.
|
seperti yg diatas |
|
produk malaysia |
|
produk Iran |
Bertolak pulang ke UniSZA pada pukul 3 petang dan sampai pada pukul 11.30. Diharap para peserta dapat menggunakan segala ilmu denngan sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment