Friday, May 7, 2010

Program Anak Angkat

Pada 9 dan 10 April 2010 yang lepas, Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi Makanan telah mengannjurkan program anak angkat anjuran bersama-sama Kampung Telaga Mas dan Kampung Limbong, Terengganu. Program ini bertujuan untuk menerapkan dan melahirkan mahasiswa/i yang seimbang baik dalam bidang akademik mahupun sahsiah. Oleh itu, Exco HELWANIS, Exco Kebajikan dan juga Exco Sukan Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi Makanan bergabung untuk mengadakan Program Anak Angkat ini. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk melakukan kerja-kerja amal kebajikan disamping menyumbang bakti kepada penduduk setempat. Disamping itu, program ini juga untuk membina silaturahim diantara mahasiswa dan komuniti serta mengeratkan ukhwah antara mahasiswa-mahasiswa dalam Fakulti Teknologi Makanan secara khususnya.
           
                             Program yang telah dijalankan selama dua hari ini telah diisikan dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat kepada penduduk-penduduk kampung dan pelajar-pelajar khususnya. Pada 9 april,antara aktiviti yang diadakan adalah lawatan ke kilang PETRONAS, Balai Bomba dan meghabiskan sisa-sisa waktu di tepian pantai sambil menghayati angin bayu laut yang begitu nyaman. Melalui lawatan,para pelajar didedahkan dengan pelbagai khidmat yang telah dijalankan oleh ahli bomba itu sendiri. Ia amat menyedarkan bahawa tugas seorang bomba tidaklah semudah yang disangka.

   
                      

bersungguh-sunguh beliau memberi ceramah....


                 calon-calon ahli bomba bergambar........


 pada malam nya pula,para pelajar dan penduduk kampung telah disajikan dengan sebuah ceramah oleh penceramah bebas, Haji Ismail Bin Saad yang bertajuk ‘Melakar Cinta Dipintu Syurga’.





Pada keesokannya, para peserta telah diberi pengisian yang padat. Antara aktiviti-aktivitinya adalah aerobik yang diketuai oleh ketua kg Telaga Mas dan Exco Sukan PMFTM itu sendiri dan diikuti dengan Program gotong-royong dan juga sesi memasak ‘Masam-Masam Manis’ diadakan sebagai medium kepada mahasiswa/wi menyumbang bakti kepada masyarakat luar disamping membawa nama Universiti Darul Iman Malaysia kepada komuniti diluar kampus. Bagi pelajar-pelajar di Kg Telaga Mas,mereka telah ditugaskan untuk membuat keranda manakala pelajar-pelajar Kg Limbong telah menyumbang bakti dengan membersihkan kawasan kampung. Melalui aktiviti-aktiviti ini, hubungan antara pelajar dengan penduduk kampung dan hubungan antara pelajar dengan pelajar bertambah baik dan harmonis.


                             para ketua aerobik.........3 ....4.....


                     yeah!!we can do it:





    
                                                    hooray!!!!







 membersihkan
kawasan kg.....









                                                          masak "MASAM_MASAM MANIS"








                   keranda in making.....














Selain itu, para pelajar telah  melawat kilang membuat keropok lekor. Para pelajar telah didedahkan bagaimana proses membuat keropok lekor yang menjadi makanan kebanggaan penduduk di Terengganu. Mereka telah melihat dengan mata mereka sendiri bagaimana pengeluar produk tersebut memproses keropok lekor dari mula pembuatan sehinggalah ke bahagian akhirnya. Melalui lawatan ini, teori-teori atau fakta-fakta yang telah mereka pelajari dan bayangkan di kuliah-kuliah telah dapat mereka hayati sepenuhnya.

                                        proses membuat keropok lekor.........

pengasingan ikan dari tulang nya...

            merebus keropok lekor....

                                          boleh dimakan akhirnya......

 Pertandingan sukan tradisional ‘SUTRA’ pula memberi peluang kepada mahasiswa mencuba dan menghargai sukan tradisional yang telah lama dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Antara permainan yang telah diadakan dengan meriahnya adalah lari dalam guni, tarik guni, susun straw dlm benang, butakah ak?, dan boling kelapa. Kumpulan-kumpulan pemain telah dibahagikan mengikut kampung bagi penduduk kampung dan mengikut tahun bagi pelajar-pelajar. Hebat juga kemahiran-kemahiran yang dipamerkan oleh pemain. Diluar jangkaan.



 
Boling kelapa....................


                                                                                                                                                                    
                susun benang dalam straw...tidak ketahui akan kewujudannya...







Pada malam penutupnya, pelajar-pelajar dan penduduk kampung telah disajikan dengan pelbagai persembahan dan ucapanucapan terima kasih daripada Dekan Fakulti Teknologi Makanan, Prof. Che Abdullah bin Abu Bakar dan ketua- ketua kampung yang terlibat.


                        ucapan ribuan terima kasih dari dekan Fakulti Teknologi Makanan














persembahan mantap dari pelajar-pelajar sem II dan sem IV






Usainya program, para pelajar dan ibu bapa angkat masing-masing kelihatan sugul dengan perpisahan yang bakal mereka hadapi. Berat hati masing,tetapi tanggungjawab sebagai anak Malaysia yang memikul tanggungjawab untuk menuntut ilmu demi negara,bangsa dan agama harus diteruskan. Terima kasih diucapkan diatas segala kenangan yang telah kita ukirkan bersama-sama.

No comments:

Post a Comment