Friday, September 16, 2011

Orientasi Pelajar Baru



   Alhamdulillah , segala usaha kami untuk hari orientasi fakulti yang berlangsung selama sehari yang melibatkan pihak PMFTM dan juga pelajar baru yang berlangsung di Kampus Kota dan juga Kampus Gong Badak berakhir dengan selamat.

     Kehadiran pelajar dari luar negara (Asif Abdullah from Bangladesh) juga amat disambut riang oleh dekan fakulti kita sendiri,iaitu Prof. Dr. Che Abdullah Bin Abu Bakar. Diharap dengan kehadiran pelajar ini dapat meningkatkan lagi usaha gigih untuk bersaing dikalangan pelajar dan juga dapat mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

    Pelaksanaan aktiviti orientasi fakulti ini telah dirangka sepenuhnya oleh See Kwee Kim selaku pengarah projek dan dibantu oleh rakan-rakan PMFTM.

    Program dimulakan dengan ceramah akademik yang disampaikan oleh Prof Dr. Che Abdullah Bin Abu Bakar mengenai serba sedikit latar belakang penubuhan Fakulti Teknologi Makanan dan juga pengenalan kepada subjek yang akan diambil oleh pelajar baru untuk semestar 1.

    Dalam program ini juga pelajar baru berkesempatan untuk mengenali staf Fakulti Teknologi Makanan yang terdiri dari tenaga pengajar dan juga pegawai pendaftar.

   Setelah kemudian, pelajar baru dikumpulkan di Kampus Gong Badak untuk kegiatan latihan dalam kumpulan. Semua pelajar baru dibahagikan mengikut kumpulan mentor-mentee.

     Program menyediakan pelbagai jenis permainan tetapi hanya sempat menjalankan 3 permainan sahaja.
Ribuan maaf dipinta untuk pelajar baru sekiranya program ini tidak seindah yang anda semua harapkan, tetapi ia menjadi satu kenangan indah bagi kami, pihak PMFTM untuk mengenali anda semua dengan lebih dekat..

Ingin kami perkenalkan kepada anda semua dengan pelajar baru 2011/2012 Fakulti Teknologi Makanan.


Group 1

Group 2

Group 3

Group 4

Group 5
Stand behind : Azi, Farhana, Niza(fasi) , Mimi, Hanim, Unknown, Zura
Infront : Tey, Helmi and Hadi (fasi)

Program ini juga dihangatkan lagi dengan kehadiran  sebilangan pelajar senior. Terima kasih kerana sudi datang bertandang ke program kami demi menyambut kemasukan pelajar baru 2011/2012.



TQ SUPER SENIOR


Diharap anda semua gembira dengan pelaksanaan kami dan dengan ini kami ucapkan 
SELAMAT DATANG KE UniSZA 
&
SELAMAT MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKANAN.

Kami juga ingin memohon maaf andai kami  terkasar bahasa, tersalah sangka dan terbuat dosa sepanjang 
program ini berlangsung. Segala yang baik itu datangnya  dari Allah S.W.T. dan yang buruk itu datangnya dari  kami.. Salam sayang dari kami, Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.


No comments:

Post a Comment