Thursday, April 7, 2011

Thank You


Syukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya kita dapat melaksanakan program pertama kita pada sem ini dengan lancar di bawah pengelolaan pengarah program Cik Siti Maryami Ibrahim dan juga naib pengarah program iaitu Cik Nur Adila Shokri dan kepada semua ahli pasukan yang terlibat untuk menjayakan program ini  dan berbanyak-banyak terima kasih kami ucapkan kepada semua pelajar dan juga Prof Che Abdullah sendiri yang sudi turun ke majlis yang tidak seberapa ini dengan penuh sokongan. Diharap anda semua dapat mengambil sedikit tips dari tetamu jemputan kita, Tuan Haji Mohd Jamil Bin Hamzah dalam kata-katanya sepanjang Toastmaster program yang telah dijalankan pada 5 April 2011,Selasa lalu. 

Program ini juga diselitkan sekali dengan pelancaran Kempen 1 hari 1 plastik. Kempen ini bertujuan untuk membantu menyelamatkan bumi kita daripada mengalami lebih banyak kesengsaraan disebabkan oleh sikap manusia sendiri yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengambil endah tentang bahayanya penggunaan plastik untuk bumi ini dan seterusnya membahayakan alam sekitar yang bakal dihuni oleh generasi baru. Bukan setakat penggunaan plastik, kempen ini juga menyeru pelajar supaya dapat mempraktikkan sikap kitar semula dan guna semula bahan-bahan terpakai supaya kita juga dapat terus memelihara sumber yang terhad.

Akhir kata, kami ingin megucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran anda semua ke program sulung; Toastmaster Program dan kami mengharapkan sokongan anda untuk menjayakan Kempen 1 Hari 1 Plastik ini. Sekian terima kasih.


No comments:

Post a Comment