Saturday, March 26, 2011

PROGRAM 2010/2011



Salam dihulur pembuka kata,
Sopan santun penyeri bahasa,
Alangkah indah peribahasa,
Tautan kasih terjalin juga.

Cara penyampaian pantun diatas jelas merujuk kepada tajuk atau objektif PMFTM sepanjang penglibatannya dalam mana-mana program yang dijalankan dimana objektifnya adalah untuk merapatkan lagi silaturrahim antara tenaga pengajar dan juga dikalangan para mahasiswa/wi sekalian dan objektif ini tidak terhenti setakat itu sahaja kerana disamping mengeratkan lagi silaturrahim antara kita, kebanyakan program yang akan dijalankan adalah untuk meningkatkan lagi daya komunikasi komersial seperti perucapan awam dan sebagainya. Oleh yang demikian, pihak kami ingin menguar-uarkan imbasan program yang bakal kami jalankan bagi merealisasikan objektif kami. Antaranya adalah:
  • Public Speaking. Program ini dijangka akan dilaksanakan pada malam 2 April 2011. Bahasa pengantara dalam program ini adalah bahasa Enggeris. Terdapat penglibatan secara lansung oleh jemputan dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) yang akan menilai dan memberi sedikit komen kepada peserta yang membuat ucapan pada malam tersebut. Melalui program seperti ini, peserta dapat meningkatkan lagi kenyakinan untuk menyuarakan pendapat dan meningkatkan lagi prestasi dalam perucapan awam dalam bahasa Enggeris. Semoga program ini dapat memberi sedikit kelebihan kepada pelajar untuk terus yakin untuk berucap dikhalayak ramai menggunakan bahasa asing dan untuk makluman semua, program ini adalah program berterusan. Maklumat lanjut akan diberitahu kemuadian dan akan dipastikan lagi tarikh program ini. Kehadiran wajib keatas batch 09/10 dan 10/11 dan batch senior merupakan jemputan dalam program ini.
  •  Pelancaran Satu Hari Satu Plastik. Program ini merupakan program kesedaran bumi yang antara objektifnya adalah membantu mengurangkan penggunaan plastik dikalangan pelajar terutamanya ketika membeli belah di kawasan UniSZA termasuklah di kafe-kafe yang merupakan penyumbang utama penggunaan plastik. Pelancaran program Satu Hari Satu Plastik ini mungkin akan dibuat bersama-sama program Public Speaking pada 2 April 2011.
  • Hari Kita. Merupakan program terbesar yang bakal dijalankan dalam semestar ini yang melibatkan program Mentor-Mentee dan melibatkan hampir semua pelajar dan kakitangan dari Fakulti Teknologi Makanan. Berkonsepkan hari keluarga, setiap kumpulan mento-mentee akan menjadi pasukan yang akan menyertai  sukaneka yang telah dirancang dan mata akan dikumpul diakhir permainan untuk menentukan juara permainan. Setiap kumpulan akan memakai warna baju mengikut cabutan undian warna oleh wakil dari Mentor-Mentee. Maklumat terperinci untuk program ini tidak dapat dikenal pasti lagi seperti tempat dan waktu tetapi, tarikh sudah ditetapkan iaitu 16 April 2011. Penyertaan adalah wajib. Dinasihatkan supaya tidak ada diantara pelajar yang membeli tiket balik kampung pada tarikh ini.

Semoga program yang kami jalankan ini dapat memberi kebaikan dan peningkatan dalam kehidupan seharian kita. Peringatan sekali lagi kepada pelajar untuk tidak membeli tiket balik kampung pada 16 April kerana penyertaan semua pelajar adalah wajib. 

No comments:

Post a Comment