Tuesday, April 13, 2010

Program Kecemerlangan Diri

Program Kecemerlangan Diri telah dianjurkan pada 19 Mac 2010 bersamaan pada hari Jumaat.Peserta yang terlibat adalah daripada pelajar-pelajar Teknologi Makanan semester 2 dan 4. Terdapat juga 2 orang pelajar dari sem 6.Program ini telah mendapat kerjasama dari Fakulti Teknologi Makanan dan Khalifah Institution yang diwakili oleh Dr Alini Marzuki.
      Daripada program ini, pelajar-pelajar dapat mempelajari beberapa perkara. Yang pertama mengenai tugas manusia sebagai khalifah. Hal ini diperjelaskan dengan kelebihan mereka yang mempunyai akal dan fikiran berbanding haiwan. Yang kedua mengenai hukum pembelajaran yang mempunyai 3 mesej pengaruh minda iaitu fizikal, sosial dan kata hati. Yang ketiga, proses shaping. Ianya dapat diperkukuhkan lagi dengan ganjaran yang berpatutan. dan yang terakhir mengenai pengukuhan pengaruh positif.
            Melalui program ini, pelajar-pelajar dapat membuka minda mereka melalui kaedah-kaedah yang segar sesuai dengan umur mereka yang inginkan sesuatu yang segar. Melalui pembentangan dari pelajar-pelajar juga, ianya dapat mengukuhkan lagi pemahaman mengenai kaedah-kaedah yang dipelajari.
       Secara keseluruhannya, peserta memberi respon yang cukup baik. Banyak maklumat dan motivasi yang berjaya diterap.Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Khalifah institution, kalian boleh melayari link ini: http://www.islamic-world.net/indo/institut/trustee.php

Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat.Disertakan juga gambar-gambar dihari program tersebut.
        
         

    

2 comments:

  1. latahzan_ikhsan5/10/2010 11:20:00 PM

    mcmner leh kosong komen nih..?
    umm..agaknyer sumercbuk beramal jadi khalifah noh..

    alhmdulillah..

    suatu program bukan setakat motivasi namun memeprkasa jati diri muslim..

    masa untuk beramal kwn2

    ReplyDelete
  2. salam latahzan_ikhsan..mungkin...masing2 sibuk mengaplikasi kan input2 yang diperoleh dr program tersebut..rugi pada sesiapa yg tidak berkesemparan untuk hadir

    ReplyDelete