Tuesday, October 4, 2011

Graduan UniSZA laris dipasaran

Berita melaporkan:      Menurut sumber yang dipercayai, hampir kesemua graduan dari kursus Teknologi Makanan, Fakulti Teknologi Makanan, UniSZA Terenganu telah pun mendapatkan tempat mereka di dalam industri tidak kira sama ada dalam industri perkilangan mahupun industri makmal analisis. Ini dengan tidak langsung telah menaikkan nama UniSZA sebagai salah satu universiti yang mempu menghasilkan sarjana yang boleh berbakti kepada pembangunan industri makanan dalam negara mahupun luar negara. Ini dikukuhkan lagi dengan keadaan realiti bahawa bidang makanan merupakan bidang yang penting dalam pembangunan sesuatu negara bak kata pepatah 'gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati' . 

     Sejak penemuan sejarah sekalipun telah diberitahu bahawa pemangkin pembentukan sesebuah penempatan adalah sumber makanan. Jika dilihat dari segi prospek pekerjaan, banyak syarikat makanan berjenama besar telahpun berjaya menembusi pasaran luar negara dan itu tidak mustahil bagi syarikat makanan tempatan untuk mengikuti jejak langkah pesaing mereka dengan adanya sarjana dari kursus Teknologi Makanan. Pelajar dari kursus Teknologi Makanan sering dikaitkan dengan masakan dan itu adalah pendapat masyarakat yang tidak mengetahui tentang apa sebenarnya teknologi makanan. Tetapi bagi pelajar teknologi makanan, mereka mampu buktikan yang mereka bukan sahaja pandai memasak tapi mereka juga mampu menghasilkan produk yang setanding produk dalam pasaran  semasa demi membuktikan kemampuan mereka sebagai perintis pengemudi transformasi makanan.

Berita dilaporkan dari Studio Beta.PMFTM:)

Friday, September 16, 2011

Orientasi Pelajar Baru



   Alhamdulillah , segala usaha kami untuk hari orientasi fakulti yang berlangsung selama sehari yang melibatkan pihak PMFTM dan juga pelajar baru yang berlangsung di Kampus Kota dan juga Kampus Gong Badak berakhir dengan selamat.

     Kehadiran pelajar dari luar negara (Asif Abdullah from Bangladesh) juga amat disambut riang oleh dekan fakulti kita sendiri,iaitu Prof. Dr. Che Abdullah Bin Abu Bakar. Diharap dengan kehadiran pelajar ini dapat meningkatkan lagi usaha gigih untuk bersaing dikalangan pelajar dan juga dapat mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

    Pelaksanaan aktiviti orientasi fakulti ini telah dirangka sepenuhnya oleh See Kwee Kim selaku pengarah projek dan dibantu oleh rakan-rakan PMFTM.

    Program dimulakan dengan ceramah akademik yang disampaikan oleh Prof Dr. Che Abdullah Bin Abu Bakar mengenai serba sedikit latar belakang penubuhan Fakulti Teknologi Makanan dan juga pengenalan kepada subjek yang akan diambil oleh pelajar baru untuk semestar 1.

    Dalam program ini juga pelajar baru berkesempatan untuk mengenali staf Fakulti Teknologi Makanan yang terdiri dari tenaga pengajar dan juga pegawai pendaftar.

   Setelah kemudian, pelajar baru dikumpulkan di Kampus Gong Badak untuk kegiatan latihan dalam kumpulan. Semua pelajar baru dibahagikan mengikut kumpulan mentor-mentee.

     Program menyediakan pelbagai jenis permainan tetapi hanya sempat menjalankan 3 permainan sahaja.
Ribuan maaf dipinta untuk pelajar baru sekiranya program ini tidak seindah yang anda semua harapkan, tetapi ia menjadi satu kenangan indah bagi kami, pihak PMFTM untuk mengenali anda semua dengan lebih dekat..

Ingin kami perkenalkan kepada anda semua dengan pelajar baru 2011/2012 Fakulti Teknologi Makanan.


Group 1

Group 2

Group 3

Group 4

Group 5
Stand behind : Azi, Farhana, Niza(fasi) , Mimi, Hanim, Unknown, Zura
Infront : Tey, Helmi and Hadi (fasi)

Program ini juga dihangatkan lagi dengan kehadiran  sebilangan pelajar senior. Terima kasih kerana sudi datang bertandang ke program kami demi menyambut kemasukan pelajar baru 2011/2012.



TQ SUPER SENIOR


Diharap anda semua gembira dengan pelaksanaan kami dan dengan ini kami ucapkan 
SELAMAT DATANG KE UniSZA 
&
SELAMAT MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKANAN.

Kami juga ingin memohon maaf andai kami  terkasar bahasa, tersalah sangka dan terbuat dosa sepanjang 
program ini berlangsung. Segala yang baik itu datangnya  dari Allah S.W.T. dan yang buruk itu datangnya dari  kami.. Salam sayang dari kami, Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.


Tuesday, September 13, 2011

To the Newbies

WELCOME TO UniSZA
Hi there! Most welcome to all of you. Hope you are enjoying the way of study in UniSZA and get score in your study.
We are providing you an article so that you can open you eyes on our course learning. Its not just a food production but it also involved in the concerning the raw materials to produce our product later. ( Hanyalah bahan bacaan semata-mata)

The New Zealand Food Safety Authority (NZFSA) is conducting a study aimed at helping growers continue to produce safe fruits and vegetables and avoid the problems with bacterial contamination that have hit the fresh produce industry overseas.
Fresh look at fruits and vegetables
The study looks at how water and natural fertilisers – such as manures, biosolids, and compost – are used by the horticultural industry. It also looks at how growers currently control contaminants from these sources so they are not transferred onto fresh produce. read more


You can contact us at facebook group and also fan page: 
PMFTM UniSZA (group)
Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi Makanan ( fan page)

Wednesday, April 20, 2011

Keriangan HARI KITA





Keriangan Hari Kita 





Terima Kasih kepada semua yang telah hadir dan memeriahkan lagi Program Hari Kita yang telah berlangsung pada 16 April 2011, Sabtu yang lepas. Walaupun matahari mencurahkan cahaya terik yang infiniti namun, anda semua telah berjaya memberi kerjasama terhadap program ini. Tidak lupa jutaan terima kasih kepada Dekan Fakulti Teknologi Makanan yakni Prof. Dr. Che Abdullah Bin Abu Bakar dan juga para staf lain yang terdiri daripada pensyarah sendiri dan juga staf awam dari Fakulti Teknologi Makanan. Banyak aktitviti telah dijalankan antaranya adalah senamrobik, sukaneka dan juga barbeku ayam yang disertai oleh pelajar dan staf sendiri. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan mewakilkan pihak Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi Makanan. Semoga aktiviti ini jadi aktiviti tahunan fakulti kita.

Monday, April 11, 2011

HARI KITA




Asslamualaikum dan salam satu malaysia kami ucapkan kepada semua warga Fakulti Teknologi Makanan. Di kesempatan kali ini, kami ingin memberitahu tentang program yang akan dijalankan oleh pihak kami yang melibatkan siswa/i fakulti ini sendiri dan juga staf fakulti. Program tersebut ialah program HARI KITA. dikesempatan ini kami mahu mengingatkan sekali lagi tentang butir-butir dalam program ini:
  • TARIKH  : 16 April 2011
  • MASA     : 7.30 pg - 4.00 ptg
  • TEMPAT : Pantai Teluk Ketapang

Suka kami ingatkan disini bahawa kami menyediakan pengangkutan untuk ke lokasi program. Mengenai siswa/i yang berada di kediaman MAIDAM, kami turut menyediakan pengangkutan untuk anda sekalian. Sila berkumpul dan bersedia di MAIDAM kira-kira dalam pukul 7.30 pg dan anda akan dibawa terus dari MAIDAM ke lokasi program iaitu di Pantai Teluk Ketapang dan maklumat lanjut anda boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah post ini. Suka juga kami ingatkan beberapa lagi peringatan yang berkaitan dengan program ini, antaranya adalah:

  1. Penglibatan setiap siswa/i adalah WAJIB
  2. Pemakaian yang SOPAN.
  3. Pemakaian warna baju adalah mengikut kumpulan Mentor Mentee.(telah ditetapkan)
  4. Pemakaian KASUT SUKAN dan seluar TREK (seluar JEANS TIDAK DIBENARKAN) 
  5. Sila bawa minuman dan BEKAS MAKANAN serta BEKAS MINUMAN sendiri bagi menyokong Kempen Satu Hari Satu Plastik.(penggunaan polistrene TIDAK digalakkan)
  6. Sila bawa kemudahan persendirian untuk solat bagi memudahkan ibadah.
Warna yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Prof. Dr. Che Abdullah Bin Abu Bakar : KUNING
  • Prof. Madya Dr. Kamarul'Ain : HITAM
  • Dr. John Tang Yew Huat : MERAH
  • Pn. Norlia : HIJAU
  • Pn. Asmaliza : COKLAT

TENTATIF PROGRAM
7.30  :  Berkumpul
7.45  :  Bertolak
8.00:    Taklimat daripada pengarah program
            Pengenalan tampuk pimpinan baru PMFTM
            Senamrobik
            Minum pagi bersama kumpulan Mentor Mentee.
10.00  :Sukaneka
12.00  :Makan
            Penyampaian hadiah & Sesi Bergambar bersama kumpulan Mentor-Mentee
02.30 : Bersurai


Sekian sahaja pesanan dari pihak penganjur dan diharap siswa/i dapat memberi kerjasama dalam program ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi nombor berkenaan:   

  • Mohd Azwan : 0175119236 
  • Azwin            : 0136905930



Thursday, April 7, 2011

Thank You


Syukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya kita dapat melaksanakan program pertama kita pada sem ini dengan lancar di bawah pengelolaan pengarah program Cik Siti Maryami Ibrahim dan juga naib pengarah program iaitu Cik Nur Adila Shokri dan kepada semua ahli pasukan yang terlibat untuk menjayakan program ini  dan berbanyak-banyak terima kasih kami ucapkan kepada semua pelajar dan juga Prof Che Abdullah sendiri yang sudi turun ke majlis yang tidak seberapa ini dengan penuh sokongan. Diharap anda semua dapat mengambil sedikit tips dari tetamu jemputan kita, Tuan Haji Mohd Jamil Bin Hamzah dalam kata-katanya sepanjang Toastmaster program yang telah dijalankan pada 5 April 2011,Selasa lalu. 

Program ini juga diselitkan sekali dengan pelancaran Kempen 1 hari 1 plastik. Kempen ini bertujuan untuk membantu menyelamatkan bumi kita daripada mengalami lebih banyak kesengsaraan disebabkan oleh sikap manusia sendiri yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengambil endah tentang bahayanya penggunaan plastik untuk bumi ini dan seterusnya membahayakan alam sekitar yang bakal dihuni oleh generasi baru. Bukan setakat penggunaan plastik, kempen ini juga menyeru pelajar supaya dapat mempraktikkan sikap kitar semula dan guna semula bahan-bahan terpakai supaya kita juga dapat terus memelihara sumber yang terhad.

Akhir kata, kami ingin megucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran anda semua ke program sulung; Toastmaster Program dan kami mengharapkan sokongan anda untuk menjayakan Kempen 1 Hari 1 Plastik ini. Sekian terima kasih.


Thursday, March 31, 2011

ATTENTION PLEASE

ATTENTION TO ALL STUDENTS IN FACULTY OF FOOD TECHNOLOGY


PUBLIC SPEAKING

MASTERING THE ART OF PUBLIC SPEAKING BY PRACTICES

DATE:        APRIL 5, 2011
PLACE:       OTHMAN 1 & 2
TIME:         8.30 P.M.      

YOUR ATTENDANCE IS COMPULSARY

SEE YOU THERE


Saturday, March 26, 2011

PROGRAM 2010/2011



Salam dihulur pembuka kata,
Sopan santun penyeri bahasa,
Alangkah indah peribahasa,
Tautan kasih terjalin juga.

Cara penyampaian pantun diatas jelas merujuk kepada tajuk atau objektif PMFTM sepanjang penglibatannya dalam mana-mana program yang dijalankan dimana objektifnya adalah untuk merapatkan lagi silaturrahim antara tenaga pengajar dan juga dikalangan para mahasiswa/wi sekalian dan objektif ini tidak terhenti setakat itu sahaja kerana disamping mengeratkan lagi silaturrahim antara kita, kebanyakan program yang akan dijalankan adalah untuk meningkatkan lagi daya komunikasi komersial seperti perucapan awam dan sebagainya. Oleh yang demikian, pihak kami ingin menguar-uarkan imbasan program yang bakal kami jalankan bagi merealisasikan objektif kami. Antaranya adalah:
  • Public Speaking. Program ini dijangka akan dilaksanakan pada malam 2 April 2011. Bahasa pengantara dalam program ini adalah bahasa Enggeris. Terdapat penglibatan secara lansung oleh jemputan dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) yang akan menilai dan memberi sedikit komen kepada peserta yang membuat ucapan pada malam tersebut. Melalui program seperti ini, peserta dapat meningkatkan lagi kenyakinan untuk menyuarakan pendapat dan meningkatkan lagi prestasi dalam perucapan awam dalam bahasa Enggeris. Semoga program ini dapat memberi sedikit kelebihan kepada pelajar untuk terus yakin untuk berucap dikhalayak ramai menggunakan bahasa asing dan untuk makluman semua, program ini adalah program berterusan. Maklumat lanjut akan diberitahu kemuadian dan akan dipastikan lagi tarikh program ini. Kehadiran wajib keatas batch 09/10 dan 10/11 dan batch senior merupakan jemputan dalam program ini.
  •  Pelancaran Satu Hari Satu Plastik. Program ini merupakan program kesedaran bumi yang antara objektifnya adalah membantu mengurangkan penggunaan plastik dikalangan pelajar terutamanya ketika membeli belah di kawasan UniSZA termasuklah di kafe-kafe yang merupakan penyumbang utama penggunaan plastik. Pelancaran program Satu Hari Satu Plastik ini mungkin akan dibuat bersama-sama program Public Speaking pada 2 April 2011.
  • Hari Kita. Merupakan program terbesar yang bakal dijalankan dalam semestar ini yang melibatkan program Mentor-Mentee dan melibatkan hampir semua pelajar dan kakitangan dari Fakulti Teknologi Makanan. Berkonsepkan hari keluarga, setiap kumpulan mento-mentee akan menjadi pasukan yang akan menyertai  sukaneka yang telah dirancang dan mata akan dikumpul diakhir permainan untuk menentukan juara permainan. Setiap kumpulan akan memakai warna baju mengikut cabutan undian warna oleh wakil dari Mentor-Mentee. Maklumat terperinci untuk program ini tidak dapat dikenal pasti lagi seperti tempat dan waktu tetapi, tarikh sudah ditetapkan iaitu 16 April 2011. Penyertaan adalah wajib. Dinasihatkan supaya tidak ada diantara pelajar yang membeli tiket balik kampung pada tarikh ini.

Semoga program yang kami jalankan ini dapat memberi kebaikan dan peningkatan dalam kehidupan seharian kita. Peringatan sekali lagi kepada pelajar untuk tidak membeli tiket balik kampung pada 16 April kerana penyertaan semua pelajar adalah wajib. 

Thursday, March 24, 2011

PENGENALAN AHLI PMFTM SESI 2010/2011




Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia.



Anak kecil bermain tali,
Indahnya suasana mencuit hati,
Alhamdulillah syukur Illahi,
Karna dapat menyambung generasi.

           Alhamdulillah kerana dengan izinNya pihak PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI MAKANAN dapat menyambung pentadbirannya dengan sesi kedua iaitu ahli PMFTM UniSZA sesi 2010/2011. Dengan ini pihak kami ingin menguar-uarkan ahli baru iaitu:

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI MAKANAN SESI 2010/2011
                     
1.       Muhammad Faez bin Nor Azlan                                                                               
2.       Seet Kwee Kim
3.       Nooranizah binti Zainal Abidin                                                                                  
4.       NurAdila binti Mohamad Shokri                                                                                
5.       Mohd Azwan bin Ahmad Khiri                                                                                   
6.       Nor Farzana binti Omar                                                                                               
7.       Nurul Izzati Diyana binti Abdullah Suhaimi                                                                          
8.       Nadirah binti Omar                                                                                                                         
9.       Azwin Abu Bakar                                                                                                                              
10.     Abdul Hadi bin Rahman                                                                                                 
11.      Mohd Faizol Hisham bin Fuazi                                                                                   
12.      Siti Nur Mohd Hanafi                                                                                                                    
13.     Tuan Nor Roshaida Tuan Baharuddin                                                                                      
14.     Nur Nasihah binti Mohd Nazmi                                                                                 
15.     Nurul Hasanah binti Abdul Razak                                                                                             
16.     Siti Maryami binti Ibrahim                                                                                                           
17.    Noramyra binti Salim
18.    Faridah Hanim binti Abdul Azis                                                                                  
19.    Amirah Fatma binti Mazuki                                                     


                                                   
 Pengerusi :  
  Abdul Hadi bin Rahman     

Naib Pengerusi I:
 Nor Farzana binti Omar 

Naib Pengerusi II:
 Amirah Fatma binti Mazuki    

Setiausaha Agung I:
 Faridah Hanim binti Abdul Azis   

Setiausaha Agung II:
 Nurul Izzati Diyana binti Abdullah Suhaimi         

Bendahari Kehormat I:
 Muhammad Faez bin Nor Azlan    

Bendahari Kehormat II:
 Noramyra binti Salim

Exco Penjenamaan, Publisiti & Penerbitan:
1. Nooranizah Binti Zainal Abidin
2. Seet Swee Kim

Exco Sukan & Rekreasi:
1. Mohd Azwan bin Ahmad Khiri
2. Azwin Abu Bakar  


Exco Akademik:
1. Siti Maryami binti Ibrahim  
2. NurAdila binti Mohamad Shokri


Exco Penyelidikan & Inovasi:
1. Siti Nur binti Mohd Hanafi
2. Tuan Nor Roshaida Tuan Baharuddin


Exco Modal Insan & Helwanis:
1. Nur Nasihah binti Mohd Nazmi                                                                              
2. Nurul Hasanah binti Abdul Razak                   


Exco Kebajikan:
1. Mohd Faizol Hisham bin Fuazi            
2. Nadirah binti Omar
                    
Semoga kita dapat bersama-sama menjalankan tugas dan amanat yang diberi dengan bantuan dan tunjuk ajar dari semua pihak. InsyaAllah.