Tuesday, October 4, 2011

Graduan UniSZA laris dipasaran

Berita melaporkan:      Menurut sumber yang dipercayai, hampir kesemua graduan dari kursus Teknologi Makanan, Fakulti Teknologi Makanan, UniSZA Terenganu telah pun mendapatkan tempat mereka di dalam industri tidak kira sama ada dalam industri perkilangan mahupun industri makmal analisis. Ini dengan tidak langsung telah menaikkan nama UniSZA sebagai salah satu universiti yang mempu menghasilkan sarjana yang boleh berbakti kepada pembangunan industri makanan dalam negara mahupun luar negara. Ini dikukuhkan lagi dengan keadaan realiti bahawa bidang makanan merupakan bidang yang penting dalam pembangunan sesuatu negara bak kata pepatah 'gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati' . 

     Sejak penemuan sejarah sekalipun telah diberitahu bahawa pemangkin pembentukan sesebuah penempatan adalah sumber makanan. Jika dilihat dari segi prospek pekerjaan, banyak syarikat makanan berjenama besar telahpun berjaya menembusi pasaran luar negara dan itu tidak mustahil bagi syarikat makanan tempatan untuk mengikuti jejak langkah pesaing mereka dengan adanya sarjana dari kursus Teknologi Makanan. Pelajar dari kursus Teknologi Makanan sering dikaitkan dengan masakan dan itu adalah pendapat masyarakat yang tidak mengetahui tentang apa sebenarnya teknologi makanan. Tetapi bagi pelajar teknologi makanan, mereka mampu buktikan yang mereka bukan sahaja pandai memasak tapi mereka juga mampu menghasilkan produk yang setanding produk dalam pasaran  semasa demi membuktikan kemampuan mereka sebagai perintis pengemudi transformasi makanan.

Berita dilaporkan dari Studio Beta.PMFTM:)