Saturday, May 8, 2010

Popularnya..




Program Anak Angkat yang diadakan pada 9 & 10 yang lalu mandapat liputan khas dari Berita Harian pada 3 Mei 2010 di bahagian Edisi Timur.

Friday, May 7, 2010

Program Anak Angkat

Pada 9 dan 10 April 2010 yang lepas, Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi Makanan telah mengannjurkan program anak angkat anjuran bersama-sama Kampung Telaga Mas dan Kampung Limbong, Terengganu. Program ini bertujuan untuk menerapkan dan melahirkan mahasiswa/i yang seimbang baik dalam bidang akademik mahupun sahsiah. Oleh itu, Exco HELWANIS, Exco Kebajikan dan juga Exco Sukan Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi Makanan bergabung untuk mengadakan Program Anak Angkat ini. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk melakukan kerja-kerja amal kebajikan disamping menyumbang bakti kepada penduduk setempat. Disamping itu, program ini juga untuk membina silaturahim diantara mahasiswa dan komuniti serta mengeratkan ukhwah antara mahasiswa-mahasiswa dalam Fakulti Teknologi Makanan secara khususnya.
           
                             Program yang telah dijalankan selama dua hari ini telah diisikan dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat kepada penduduk-penduduk kampung dan pelajar-pelajar khususnya. Pada 9 april,antara aktiviti yang diadakan adalah lawatan ke kilang PETRONAS, Balai Bomba dan meghabiskan sisa-sisa waktu di tepian pantai sambil menghayati angin bayu laut yang begitu nyaman. Melalui lawatan,para pelajar didedahkan dengan pelbagai khidmat yang telah dijalankan oleh ahli bomba itu sendiri. Ia amat menyedarkan bahawa tugas seorang bomba tidaklah semudah yang disangka.

   
                      

bersungguh-sunguh beliau memberi ceramah....


                 calon-calon ahli bomba bergambar........


 pada malam nya pula,para pelajar dan penduduk kampung telah disajikan dengan sebuah ceramah oleh penceramah bebas, Haji Ismail Bin Saad yang bertajuk ‘Melakar Cinta Dipintu Syurga’.





Pada keesokannya, para peserta telah diberi pengisian yang padat. Antara aktiviti-aktivitinya adalah aerobik yang diketuai oleh ketua kg Telaga Mas dan Exco Sukan PMFTM itu sendiri dan diikuti dengan Program gotong-royong dan juga sesi memasak ‘Masam-Masam Manis’ diadakan sebagai medium kepada mahasiswa/wi menyumbang bakti kepada masyarakat luar disamping membawa nama Universiti Darul Iman Malaysia kepada komuniti diluar kampus. Bagi pelajar-pelajar di Kg Telaga Mas,mereka telah ditugaskan untuk membuat keranda manakala pelajar-pelajar Kg Limbong telah menyumbang bakti dengan membersihkan kawasan kampung. Melalui aktiviti-aktiviti ini, hubungan antara pelajar dengan penduduk kampung dan hubungan antara pelajar dengan pelajar bertambah baik dan harmonis.


                             para ketua aerobik.........3 ....4.....


                     yeah!!we can do it:





    
                                                    hooray!!!!







 membersihkan
kawasan kg.....