Asssalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu.
Bertemu lagi kita di semeseter yang baru,azam yang baru dan nafas yang baru.Seperti biasa,jika tiba tahun baru,maka lahirlah muka-muka baru bagi warga fakulti kita. Demi mengeratkan hubungan silaturrahim antara Mahasiswa/wi baru, Program Orientasi anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi Makanan dan pihak fakulti sendiri telah dilaksanakan. Program ini telah diketuai oleh Siti Hajar Ahmad Kamal.Mahasiswa/wi sesi 10/11 bagi fakulti kita terdiri daripada 36 perempuan dan 2 orang lelaki. Program ini telah berlangsung selama dua hari, 10 dan 11 Julai 2010.
Seminggu adalah waktu yang diperuntukkan bagi fasilitator-fasilititor untuk menyiapkan jasmani dan rohani mereka bagi menyambut kedatangan mahasiwa/wi baru. Pelbagai acara telah dipadam tulis bagi memadankan aktiviti dan keadaan fizikal mereka.
|
i think........... |
|
matun penat nak paham |
|
penerangan yg lbh mendalam lg |
Pada hari jumaat sebelah petang, acara sukaneka telah diadakan di padang di hadapan pejabat asrama. Para pensyarah dan staf turut terlibat bagi menjayakan program ini. Antara permainan yang diadakan ialah boling kelapa, 'passing' getah, tiup gula-gula dalam tepung dan cari pasangan. Boling kelapa terdiri daripada 6 orang pemain dan mereka dikehendaki menjatuhkan seberapa banyak botol yang ada untuk mengutip markah yang tertinggi. bagi passing getah pula, peserta-peserta hendaklah menggunakan kreativiti masing-masing untuk mengumpul getah dengan menggunakan straw. Permainan ini terdiri daripada 5 orang pemain. Untuk permainan tiup gula-gula, peserta hendaklah menggunakan sepenuh tenaga yang ada untuk meniup tepung bagi memudahkan perjalanan mereka untuk mengutip mata dengan mengutip gula-gula tersebut. Acara mencari pasangan memerlukan pin sebagai simbol kasih sayang mereka. Peserta hendaklah meletakkan pin mereka ditempat yang telah disepakati bagi memudahkan mereka mengesan rakan mereka setelah mata mereka ditutup. Walaupun badan mereka penat menguruskan perpindahan beramai-ramai dari blok lain ke blok yang mereka diami sekarang, namun, mereka berjaya manunjukkan persembahan yang mantap berdasarkan semangat kesukanan yang mereka tampilkan.
|
menunggu ketibaan para pensyarah dan staf |
|
bersantai-santai di petang hari |
|
pilihan buah kelapa yang bernilai |
|
bakat yang terpendam |
|
lemas!! |
|
sesi meraba |
|
sesi mencedok |
|
haish..... |
|
ooppsss!!! |
|
cari cacing.... |
|
fuuuhhhhh....... |
Pada sebelah malam, aktiviti latihan dalam kumpulan telah diadakan. Enam kumpulan telah dibentuk.Pengenalan kepada PMFTM telah diadakan. Bagi yang berminat, semester hadapan bolehlah memohon di saluran yang betul. Usainya kepada pengenalan PMFTM, maka acara bermula. Antara permainan yang menjadi pilihan ialah kapal terbang, harga diri, sarang labah-labah. Harga diri mendapat sambutan yang hangat berdasakan reaksi yang diberikan. Permainan ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja asalkan duit yang disediakan mencukupi untuk semua peserta. Apabila ketua menginginkan sesuatu nilai dibentuk, peserta perlu mencari peserta yang lain dan membentuk jumlah yang diingini. Bagi yang gagal, hukuman keluar padang diarahkan dan bagi yang berjaya, sedikit cenderahati diberi. Bagi permainan kapal terbang, nama hendaklah ditulis diatas kertas berukuran A4. Sesudah itu, demonstrasi membuat kapal terbang dijalankan. 5 minit telah diberi kepada peserta-peserta untuk menerbangkan kapal terbang yang ada berdekatan dengan mereka. Selepas itu, para peserta juga diberi masa untuk mencari empunya nama dibalik kapal terbang yang mereka kutip diakhir permainan. Sesiapa yang gagal, hukuman diberi. Sesiapa yang berjaya, satu rantaian nama telah berjaya dicipta. Hal ini kerana. jika si A mendapat nama si B, maka si A akan membantu si B untuk mencari si C(nama dikertas si B).Pergi pula kepada sarang labah-labah. setiap kumpulan telah diberi segulung tali. 5 minit telah diberi untuk peserta membentuk sarang labah-labah ditangan mereka. Pemenang adalah berdasakan kecantikan dan kekuatan yang diuji dengan bola tampar. Semua permainan ini bertujuan untuk memudahkan sesi perkenalan bagi mereka dan juga menunjukkan sikap setiakawan yang tinggi. Berdasarkan riak muka masing-masing, semuanya memberi reaksi yang positif. LDK kali ini dianggap berjaya.
|
pengenalan kpd PMFTM |
|
demostrasi membuat kapal terbang |
|
ice breaking |
|
sarang labah-labah |
|
perebutan harga diri |
|
bila fasi terlibat sama |
Pada keesokannya, peserta-peserta telah dibawa ke Kampus Kota untuk memberi pendedahan kepada apa itu Teknologi Makanan dengan lebih dekat. Mahasiwa/wi baru telah diberi sedikit ceramah oleh Prof. Abdullah. Usainya ceramah, peserta-pserta dibawa ronda-ronda sekitar kampus kota dan Pantai Batu Buruk. Di pantai Batu Buruk, permainan kotak beracun telah diadakan untuk mengisi masa lapang disamping mengurangkan sifat malu mereka melalui denda-denda yang telah disediakan. Antara denda-dendanya ialah bercakap dengan sengau,merempit secara sopan, penyampai berita dan banyak lagi. Peserta- peserta juga telah diberi masa untuk menyantaikan diri di tepi pantai nan indah. Mereka juga telah membuat cookies melalui pembahagian kumpulan. Melalui aktiviti ini, mereka dapat mengenali bagaimana pembuatan makanan mengikut cara yang betul.
|
sedikit dari PROF |
|
khusyuk........ |
|
sedikit dari En. Roslan |
|
ke Pantai Batu Buruk |
|
ronda-ronda |
|
kotak beracun |
|
pose!!!!!!!!!! |
Pada sebelah petang, program berakhir dengan jayanya. Berdasakan pungutan mata, kumpulan 5 berjaya merangkul mata yang tertinggi.Terima kasih diucapkan kepada mereka yang melibatkan diri dalam menjayakan program ini.